Cari:
Tentera Bersekutu Umumkan Genjatan Senjata di Yemen
2015-07-26 15:15:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Angkatan tentera bersekutu yang dipimpin oleh Arab Saudi semalam mengumumkan genjatan senjata sepihak selama lima hari di Yemen bermula malam 26 Julai ini untuk membantu tindakan bantuan kemanusiaan dijalankan lebih baik di negara itu.

Menurut Agensi Berita Negara Arab Saudi, keputusan genjatan senjata itu dibuat atas permintaan Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi yang sedang dalam buangan di Arab Saudi. Hadi dalam suratnya kepada Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud berkata, beliau berharap tentera bersekutu boleh menghentikan tindakan ketenteraan bermula pukul 11.59 malam 26 Julai ini. Namun sekiranya tentera bersekutu itu diserang oleh kumpulan militan Houthi dan kumpulan militan yang menyokong bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh, mereka berhak untuk melancarkan serangan balas.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China