Cari:
WTO Capai Perjanjian Pengurangan Tarif
2015-07-26 15:34:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelbagai pihak yang terlibat dalam rundingan peluasan Perjanjian Teknologi Maklumat (ITA) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mencapai persepakatan untuk membebaskan tarif terhadap lebih 200 jenis produk teknologi maklumat, termasuk semikonduktor generasi baharu dan sistem pemanduan arah global (GPS), di Geneva pada 24 Julai lalu.

Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo menyatakan bahawa perjanjian yang dicapai dalam rundingan ITA tersebut merupakan perjanjian pembebasan tarif pertama yang dicapai sejak 18 tahun yang lalu, ia mempunyai makna yang bersejarah. Jumlah perdagangan 201 jenis produk yang terlibat dalam perjanjian tersebut bernilai USD 1.3 trilion (RM4.95 trilion) sepanjang tahun.

Menurut perjanjian itu, tarif bagi kebanykan produk yang terlibat itu akan dikurangkan sehingga sifar dalam tempoh tiga tahun, dan langkahnya akan dimulakan pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China