Cari:
Iran Mahu Kerjasama Erat dengan Negara-negara Teluk
2015-07-27 11:17:18 CRI Cetak

Iran menunjukkan kesediaannya untuk memperkasakan kerjasama dengan negara-negara Teluk bagi menghadapi cabaran bersama.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif semasa lawatan beliau ke Kuwait, Ahad lalu.

Beliau merayu kepada negara-negara di rantau itu supaya meningkatkan kerjasama bagi mengatasi cabaran bersama yang dihadapi mereka, terutamanya dalam usaha mencegah penularan kegiatan pelampau dan pengganas.

Dimaklumkan, Kuwait adalah destinasi pertama sepanjang lawatan Javad Zarif ke kawasan Teluk sebelum beliau bertolak ke Qatar dan Iraq. Penganalisis beranggapan bahawa tujuan lawatan kali ini adalah untuk memperkasakan kerjasama dengan negara-negara Arab, sekali gus menggalakkan lebih banyak entiti ekonomi di kawasan Teluk melakukan pelaburan di Iran selepas sekatan ekonomi terhadap negara itu dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China