Iran dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menyambung semula mekanisme dialog peringkat tinggi antara kedua-dua pihak.
Demikian dinyatakan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif kepada wartawan selepas berakhirnya pertemuan dengan wakil kanan EU yang bertanggungjawab terhadap dasar luar dan keselamatan, Federica Mogherini di Teheran semalam.
Zarif menyifakan lawatan Mogherini kali ini sebagai lembaran baharu dalam hubungan Iran-EU.
Menurut Zarif, pihak-pihak berkenaan bersetuju memulihkan mekanisme dialog peringkat tinggi yang tergantung agak lama. Mereka akan melancarkan dialog peringkat timbalan menteri terlebih dahulu, yang melibatkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, pengangkutan, perdagangan, persekitaran, hak asasi manusia, pembanterasan penyeludupan dadah dan sebagainya.