Cari:
Taliban Umum Ketua Baharu
2015-08-01 15:08:07 CRI Cetak

Taliban mengumumkan Mullah Akhtar Mohammad Mansour sebagai ketua baharu mereka malam tadi.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Taliban mengesahkan kematian pemimpin mereka Mullah Omar yang mengetuai kumpulan itu selama hampir 20 tahun.

Peralihan kuasa tersebut dilihat meningkatkan harapan untuk mengakhiri perang di Afghanistan yang berlarutan hampir 14 tahun ekoran pendirian lebih sederhana Mullah Akhtar berbanding bekas ketuanya.

Menurut satu kenyataan semalam, selepas kematian Mullah Omar, majlis kepimpinan dan ulama Islam bersetuju melantik kawan karib dan bekas timbalannya, Mullah Akhtar Mansour sebagai ketua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China