Cari:
Tahniah kepada Beijing, Tuan Rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
2015-08-01 15:29:06 CRI Cetak

Beijing dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Pengumuman yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dilakukan Presiden IOC, Thomas Bach di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Malaysia semalam.

Beijing terpilih selepas mengatasi Almaty dari Kazakhstan dengan keputusan meraih 44 undi berbanding 40 yang diperoleh pencabar mereka, manakala terdapat satu berkecuali.

Kejayaan itu membolehkan Beijing menjadi bandar raya pertama yang menganjurkan kedua-dua Sukan Olimpik musim panas dan sejuk.

Media asing mengucapkan jutaan tahniah atas kemenangan Beijing menjadi tuan rumah temasya sukan bertaraf dunia itu.

Portal Le Parisien Perancis menerbitkan satu artikel yang mengiktiraf kemampuan Beijing menjayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 kerana memiliki pengalaman yang mencukupi, pengaruh yang besar dan cadangan yang sempurna.

Akhbar Itali La Gazzetta dello Sport berkata, kejayaan tersebut sekali gus menjadikan ibu negara China ini muncul sebagai satu-satunya bandaraya di dunia menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik Musim Panas dan Sejuk.

AP menyifatkan keputusan IOC itu sebagai pilihan yang menyakinkan dan terjamin, sekali gus akan membantu merangsang perkembangan pasaran industri ais dan salji.

Media arus utama di Jepun menganggap, kejayaan Beijng itu disebabkan tiga unsur, iaitu sokongan kukuh daripada kerajaan pusat, pengurusan kewangan yang mantap dan infrastruktur yang lengkap.

Walaupun Almaty gagal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik berkenaan, tetapi beberapa media tempatan menyiarkan berita Presiden negara itu, Nursultan Nazarbayev merakamkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping berikutan kemenangan Beijing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China