Dalam pertemuan tersebut, Yang berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 tertubuhnya PBB dan kemenangan peperangan anti-Fasis seluruh dunia. China berharap masyarakat antarabangsa dapat bersama-sama berusaha untuk menjayakan siri sidang kemuncak PBB yang bakal diadakan pada bulan September, sekali gus memelihara kedamaian dunia dan menggalakkan perkembangan bersama.
Sam Kahamba mengucapkan tahniah kepada Beijing kerana berjaya memperoleh hak pengangjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, dan berterima kasih atas sokongan China terhadap kerja PBB. Beliau berkata, PBB bersedia mempererat kerjasama dengan China agar mengambil pendekatan yang berkesan dalam usaha membuat agenda pembangunan selepas tahun 2015 dan menangani perubahan iklim global.