Media sukan profesional Perancis, akhbar l'équipe semalam menerbitkan rencana yang menganalisis penyebab utama kemenangan Beijing kali ini. Katanya, Beijing menciptakan sejarah kerana ia menjadi bandar pertama yang bukan sahaja menganjurkan sukan Olimpik Musim Panas tetapi juga Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Selain itu, akhbar Le Figaro menyifatkan Beijing mencapai kemenangan yang cemerlang dengan pengundian 44:40, di samping mengatur sejumlah pakar perunding sukan antarabangsa menganalisis kelebihan dan kelemahan Paris dalam membida Sukan Olimpik Musim Panas 2024.
Akhbar le Monde juga menerbitkan siri laporan mengenai kejayaan Beijing yang memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Laporan berkenaan memetik kenyataan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach sebagai berkata, Beijing merupakan pilihan yang signifikan dan terjamin bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. "Memilih Beijing bermakna memilih visi globalisasi."