Cari:
Analisis tentang Serpihan Kebarangkalian MH370 Dimulakan 5 Ogos
2015-08-02 14:53:33 CRI Cetak

Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau l'île de La Reunion milik Perancis telah dihantar ke Lapangan Terbang Orly, Perancis. Pihak-pihak berkenaan akan menganalisis serpihan itu bermula 5 Ogos ini. Konsul Jeneral China ke pulau tersebut, Guo Wei berkata, pihaknya memberikan perhatian yang tinggi tentang hal tersebut.

Setelah serpihan sepanjang dua meter tersebut dihantar dalam satu kotak ke badan penganalisis teknologi penerbangan milik Kementerian Pertahanan Perancis, pegawai Perancis menyatakan, pihaknya tidak akan membuka kotak itu sebelum ketibaan penganalisis Malaysia.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Liow Tiong Lai semalam berkata, pihaknya telah mengerah dua kumpulan yang masing-masing ditugaskan ke Perancis dan Pulau l'île de La Reunion untuk menganalisis serpihan dan mencari bukti sebanyak mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China