Cari:
Lapan Pengganas IS Dibunuh di Rusia
2015-08-03 12:02:00 CRI Cetak

Suruhanjaya Antikeganasan Rusia semalam mendedahkan bahawa pasukan keselamatannya telah membunuh lapan orang pengganas bersenjata di kawasan Ingush negara tersebut.

Menurut suruhanjaya itu, lapan pengganas tersebut baru sahaja menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan sentiasa melakukan kegiatan keganasan, antaranya termasuk membunuh penguatkuasa undang-undang dan memeras ugut usahawan tempatan. Pasukan keselamatan Rusia banyak mengumpulkan maklumat risikan dan melakukan serangan hendap terhadap mereka. Sejumlah senjata, bom tangan, bahan letupan buat sendiri dan lebih 2000 butir peluru berjaya dirampas.

Rusia kini menghadapi tekanan antikeganasan yang besar. Badan keselamatan negara itu menyatakan bahawa pengganas kini berniat untuk menyelinap masuk dari kawasan sempadan ke pedalaman. Presiden Rusia, Vladimir Putin kerap kali menggesa pelbagai pihak agar bekerjasama untuk membanteras IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China