Cari:
Speaker Australia Letak Jawatan
2015-08-03 12:03:59 CRI Cetak

Speaker Dewan Rakyat Australia, Bronwyn Bishop, meletakkan jawatan hari ini, berikutan kritikan berhubung dengan isu penyalahgunaan perbelanjaan perjalanan.

Bishop berdepan kritikan hebat sejak lebih tiga minggu lalu apabila terdapat laporan yang mendedahkan beliau membelanjakan dana perjalanan anggota Dewan Perwakilan sebanyak AUD5,000 (RM13,980) untuk menyewa helikopter dari Melbourne ke Geelong pada November lalu bagi menghadiri majlis kutipan dana Parti Liberal.

Bishop menyatakan beliau telah memulangkan wang itu dan akan memulangkan belanja yang disalahgunakan yang lain.

Bishop menyatakan, "saya tidak membuat keputusan ini dengan mudah, namun tindakan itu kerana perasaan sayang dan hormat saya kepada institusi Parlimen dan rakyat Australia yang menyebabkan saya meletakkan jawatan'' .

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China