China mengalu-alukan wartawan dari luar negara membuat liputan mengenai aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang bakal diadakan di Beijing pada 2 dan 3 September nanti.
Demikian diumumkan oleh pegawai penerangan dari kumpulan pimpinan aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia hari ini.
Menurut taklimat, wartawan dari luar negara perlu log masuk melalui laman web reg.kzjn70.cn untuk pendaftaran dalam talian.
Dalam pada itu, Pusat Penerangan turut ditubuhkan di Beijing untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada wartawan dari dalam dan luar negara.