Cari:
Murayama Kritik Abe Libatkan Rakyat Jepun dalam Kancah Peperangan
2015-08-04 15:00:05 CRI Cetak
Mantan Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama, mengkritik Perdana Menteri Shinzo Abe kerana melibatkan rakyat Jepun dalam kancah peperangan. Menurut beliau, tindakan tersebut keterlaluan. Beliau turut menuntut Abe mewarisi “kenyataan Murayama”. Tomiichi Murayama berkata demikian dalam perhimpunan “Peperangan Tidak akan Membawa Kedamaian- Memperingati Kenyataan Murayama dan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II” . Beliau mengkritik pemerintah Abe yang mengakui “kenyataan Murayama” secara lisan, namun melanggarnya dalam tindakan yang dilakukan. Beliau berkata, ucapan Shinzo Abe yang menyatakan bahawa tidak akan mewarisi Kenyataan Murayama sepenuhnya telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja dalam kalangan rakyat Jepun, malahan seluruh dunia.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China