Cari:
Biden: Pengumpulan Maklumat Risikan demi Keselamatan Negara
2015-08-05 14:35:59 CRI Cetak

Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joseph Biden, ketika menghubungi Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, melalui telefon semalam menyatakan bahawa pengumpulan maklumat risikan AS untuk memelihara keselamatan negara. Beliau turut mengulangi komitmen AS dalam perjanjian sekutu AS dan Jepun.

Ini merupakan kali pertama pemimpin AS dan Jepun saling berhubungan melalui telefon selepas laman web WikiLeaks mendedahkan kerajaan AS memasang telinga terhadap pemimpin dan badan politik utama Jepun.

White House yang mendedahkan kandungan perbualan Biden dan Abe telah menegaskan perjanjian sekutu AS dan Jepun dan menghargai sumbangan Jepun dalam mengekalkan hubungan persahabatan. Biden menyatakan bahawa Presiden Barack Obama telah menjelaskan pada tahun 2014 bahawa perisikan hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan keselamatan AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China