Cari:
Wang Yi Bertemu dengan John Kerry
2015-08-05 14:57:35 CRI Cetak
Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry, sempena Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN dan siri mesyuarat berkaitan di Malaysia.

John Kerry ketika diwawancara sebelum rundingan tersebut berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Wang Yi mengenai beberapa topik, antaranya termasuklah lawasan rasmi Presiden Xi ke AS, rundingan nuklear Iran dan kerjasama AS-China.

Selepas pertemuan itu berakhir, Wang memberitahu wartawan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan dalam beberapa isu. AS mengalu-alukan China menyelesaikan pertikaian berkaitan Laut China Selatan melalui rundingan damai.

AS berharap agar China terus pesat membangun, makmur dan berkembang maju. Kedua-dua negara ini berhasrat untuk berinteraksi mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Asia Pasifik dan memberikan sumbangan demi kestabilan serantau dan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China