Cari:
Obama Gesa Kongres Luluskan Perjanjian Nuklear Iran
2015-08-06 14:41:54 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama memberikan amaran bahawa sekiranya Kongres AS menghalang pelaksanaan perjanjian nuklear Iran, kemungkinan akan membolehkan Iran memiliki senjata nuklear sehingga mencetuskan peperangan di Asia Barat.

Demikian dinyatakan oleh beliau ketika menyampaikan ucapan di American University (AU) semalam yang membela perjanjian nuklear Iran.

Iran dan enam negara yang terlibat dalam isu nuklear Iran, iaitu AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman telah mencapai perjanjian komprehensif pada bulan lalu. Menurut perjanjian tersebut, Iran akan mengehadkan program pembangunan nuklearnya di samping AS akan membatalkan sekatan terhadap Iran.

Kongres AS kini masih meneliti perjanjian tersebut dan akan membuat keputusan sebelum 17 September nanti. Obama berkata, beliau akan memveto sebarang rang undang-undang Kongres AS yang cuba menghalang pelaksanaan perjanjian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China