Cari:
Perancis Adakan Operasi Pencarian Seminggu di Pulau Reunion
2015-08-08 15:52:29 CRI Cetak

Ketua Pegawai Eksekutif Reunion milik Perancis, Dominique Sorain semalam memaklumkan bahawa Perancis telah mula mengadakan operasi mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang mungkin ditemui di kawasan pantai dan perairan timur pulau Reunion. Operasi mencari peringkat pertama ini dijangka akan berlangsung selama seminggu.

Dominique Sorain dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa sebuah pesawat pengangkutan, tiga buah helikopter dan beberapa kapal ketenteraan telah dikerahkan untuk misi mencari kali ini.

Menurut beliau, sejak minggu lalu, objek-objek yang disyaki berkaitan dengan MH370 yang ditemui di pantai pulau Reunion telah dibawa ke Perancis untuk penyiasatan lanjut. Kini objek-objek tersebut masih belum disahkan milik pesawat MH370.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China