Cari:
Liu Yandong: Bangkitkan Kesedaran Awam untuk Beriadah
2015-08-09 15:13:44 CRI Cetak

8 Ogos lalu merupakan Hari Riadah Kebangsaan ke-7 di China. Aktiviti riadah yang bertemakan "Beriadah Demi Kesihatan, Bersatu Padu demi Impian China" telah diadakan di Beijing, Urumqi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan Ordos di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong telah menyertai aktiviti berkenaan bersama penduduk tempatan di Ordos.

Liu Yandong ketika berucap dalam aktiviti tersebut berkata bahawa Sukan Olimpik Ke-29 telah diadakan di Beijing dengan jayanya pada 8 Ogos tujuh tahun yang lalu, manakala Beijing akan bekerjasama dengan bandar Zhangjiakou untuk mengadakan Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24 tujuh tahun kemudian. Sukan Tradisional Etnik Minoriti Kebangsaan ke-10 akan dirasmikan pada 9 Ogos. Dengan itu, aktiviti "Hari Riadah Kebangsaan" membawa makna yang penting. Beliau menegaskan bahawa China akan terus mengamalkan semangat Olimpik dan semangat sukan China, berusaha meningkatkan keupayaan perkhidmatan sukan serta membangkitkan kesedaran awam untuk beriadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China