Cari:
Wang Yi: China Sedia Bantu Afrika Atasi Ebola
2015-08-09 15:14:41 CRI Cetak

China bersedia untuk membantu negara-negara Afrika mengatasi wabak Ebola. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika melawat Sierra Leone semalam.

Wang Yi berkata, China dan Afrika sentiasa saling menyokong dan membantu. China sebagai sebuah negara besar yang bertanggungjawab, wajib untuk bertindak dan memberikan sumbangan apabila berlaku krisis kesihatan awam dunia. Tegas beliau, "manusia diutamakan" merupakan konsep pentadbiran parti dan kerajaan China.

Dalam sidang akhbar semalam, Wang Yi menyatakan bahawa ketika menghulurkan bantuan terhadap Sierra Leone, Liberia dan Guinea, China telah melakukan tindakan bantuan kesihatan awam besar-besaran dan mencatat banyak rekod "pertama". Presiden China Xi Jinping merupakan pemimpin negara yang pertama memutuskan memberi bantuan kepada Afrika; barang bantuan kumpulan pertama adalah sumbangan China; China pertama kali membina makmal ujian biologi yang mudah alih dan pusat perubatan penyakit berjangkit di luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China