Cari:
Delegasi Perniagaan China Dirompak di Afrika Selatan
2015-08-09 15:41:30 CRI Cetak

Konsulat China di Johannesburg, Afrika Selatan semalam mengesahkan bahawa sebuah rombongan ahli perniagaan dari provinsi Zhejiang China dirompak di tempat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Johannesburg, pada 7 Ogos lalu. Kerugian bernilai lebih 10 ribu yuan RMB (RM6.1 ribu), manakala beberapa orang tercedera ringan.

Menurut taklimat, rombongan yang terdiri daripada 10 orang itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Johannesburg pada kira-kira pukul 10 malam 7 Ogos. Van yang dinaiki mereka dihalang dan dihentikan oleh tiga buah kereta sebaik sahaja mereka keluar dari lapangan terbang berkenaan. Semua bagasi mereka dirompak oleh lima orang perompak yang bersenjata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China