Cari:
Nagasaki Peringati Ulang Tahun Ke-70 Serangan Bom Atom
2015-08-09 15:56:35 CRI Cetak

Hari ini merupakan ulang tahun ke-70 bandar Nagasaki Jepun mengalami serangan bom atom. Datuk bandar serta wakil mangsa masing-masing mempersoalkan Undang-undang Keselamatan yang bertujuan untuk membatalkan larangan hak pertahanan diri kolektif.

  

Datuk Bandar Nagasaki ketika membaca "Perisytiharan Damai" tahunan menyatakan, perbahasan rang undang-undang keselamatan oleh Diet telah menambah kebimbangan dan kerisauan orang awam terhadahp perubahan konsep kedamaian yang ditetapkan dalam perlembagaan Jepun.

Sumiteru Taniguchi, 86, terselamat dalam serangan bom atom 70 tahun dahulu. Beliau menyatakan, Jepun menggubal perlembagaan damai selepas perang dunia II, namun pembatalan larangan hak pertahanan diri kolektif, pindahan perlembagaan sedang mengetuai Jepun ke jalan perang dan ini melanggar aspirasi rakyat dan tidak boleh diterima.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China