Cari:
Perhimpunan Peringati Ulang Tahun Pertama Kes Ferguson
2015-08-10 14:47:31 CRI Cetak

Satu perhimpunan diadakan di bandar Ferguson, negeri Missouri pada 9 Ogos lalu bagi memperingati ulang tahun pertama kejadian pemuda berkulit hitam, Michael Brown, 18, ditembak mati.

Selepas bertafakur selama 4 minit setengah, penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di hadapan balai polis tempatan sambil melaungkan slogan "nyawa warga kulit hitam juga penting", "tiada kedamaian, tanpa keadilan" dan "rasisme menghancurkan AS".

Menurut tinjauan pendapat umum terkini, hanya 49 peratus sahaja warga AS yang berasa puas hati dengan layanan yang diberikan kepada warga berketurunan Afrika di negara itu. Kadar tersebut mencatat peratusan paling rendah dalam tempoh 15 tahun lalu.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China