Cari:
Kenyataan Abe Jadi Tumpuan Asia
2015-08-10 14:34:02 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengeluarkan Kenyataan Abe bersempena dengan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 14 Ogos nanti. Kenyataan itu akan dikeluarkan sebagai resolusi Diet. Memandangkan kerajaan Abe kebelakangan ini bersikap kurang ikhlas mengenai fakta sejarah pencerobohan, serta bertindak meminda Perlembagaan dan membatalkan larangan pelaksanaan hak pertahanan diri kolektif, kandungan kenyataan tersebut dijangka mengecewakan bagi sesetengah pihak. Negara-negara Asia yang pernah menderita akibat pencerobohan Jepun amat menumpukan Kenyataan Abe itu.

Naib Ketua Pengarah merangkap Ketua Editor akhbar Harian Asia Thailand, Qian Feng menyatakan bahawa perhatian yang diberikan masyarakat antarabangsa terhadap Kenyataan Abe itu tidak bermakna Abe tokoh yang hebat. Sebenarnya masyarakat antarabangsa hendak mengetahui hala tuju perkembangan Jepun selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Sama ada Jepun akan membangunkan negara secara damai atau mahu menghidupkan semula militarisme, bukan sahaja berkaitan dengan China dan Asia, tetapi juga seluruh dunia.

Penganalisis isu politik dari Indonesia, Bambang Suryono menyatakan bahawa baru-baru ini, tokoh-tokoh pertubuhan ilmuwan sejarah dari Singapura, Indonesia dan Malaysia pernah menyampaikan surat terbuka kepada Abe yang menggesanya agar memohon maaf kepada semua yang pernah mengalami kesengsaraan yang diakibatkan pencerobohan Jepun, memberikan pampasan kepada wanita-wanita yang dipaksa menjadi hamba seks semasa perang itu, serta menghentikan tindakan seperti meminda Perlembagaan dan mempersenjatai Jepun, yang berbaur militarisme.

Chen Changzhu yang merupakan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Jepun bagi Institut Sejong Korea Selatan menganggap bahawa bukan sahaja China, malah Korea Selatan juga amat memberikan perhatian kepada pendirian Abe mengenai sejarah pencerobohan itu. Walaupun Abe sebelum ini pernah berkali-kali berjanji akan mewarisi semangat Kenyataan Kawano dan Kenyataan Murayama, namun masyarakat antarabangsa tetap khuatir sama ada semangat kerajaan Jepun penggal lalu itu yang mengambil iktibar daripada sejarah, benar-benar akan dilaksanakan atau tidak. Maka Kenyataan Abe yang akan dikeluarkan nanti menjadi tumpuan umum.

Seorang sarjana bidang politik dan diplomasi dari Universiti Tokyo, Jepun menganggap bahawa Kenyataan Perdana Menteri Jepun yang bakal dikeluarkan itu bukanlah pandangan Abe sendiri. Kenyataan tersebut akan mempengaruhi kaedah Jepun menjalinkan hubungan dengan negara lain pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China