Cari:
China Tegas Menentang Serangan Siber
2015-08-11 11:42:50 CRI Cetak

China menafikan laporan media AS yang menyebut penggodam China mencuri maklumat daripada peti e-mel pegawai kanan AS.

Jurucakap Kedutaan Besar China di AS, Zhu Haiquan berkata, China menentang dengan tegas serangan siber dalam apa-apa bentuk juga.

NBC memetik kenyataan pegawai perisikan AS yang enggan namanya didedahkan sebagai berkata, perisik siber China telah menggodam "peti e-mel peribadi" semua pegawai kanan kerajaan Barack Obama yang bertanggungjawab atas keselamatan negara dan urusan perdagangan. Tindakan itu boleh dikesan sejak April 2010.

Menyentuh tentang dakwaan tersebut, jurucakap itu berkata, kerajaan China tidak pernah melakukan sebarang serangan siber. Sebaliknya, China merupakan mangsa utama yang sering mengalami serangan siber.

Tambah beliau lagi, usaha membanteras serangan siber memerlukan kerjasama antarabangsa. Kritikan yang tidak berasas tidak membantu menyelesaikan sebarang masalah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China