Satu pameran yang memaparkan dokumen mengenai penyerahan kalah Jepun kepada China diadakan di Muzium Seni Tenunan Jiangning, bandar Nanjing petang semalam.
Upacara penyerahan kalah Jepun kepada China diadakan di Nanjing pada 9 September 1945.
Peristiwa yang amat bermakna dalam sejarah itu menandakan kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun.
Tindakan kumpulan sayap kanan Jepun yang memutarbelitkan sejarah dan mengagungkan sejarah pencerobohan terbukti melalui fakta sejarah yang dipamerkan dalam pameran tersebut.