Cari:
Presiden Xi Arah Segala Usaha Selamatkan Mangsa Tanah Runtuh
2015-08-12 17:55:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kira-kira 40 orang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di kaunti Shanyang, bandar Shangluo, provinsi Shaanxi pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Bencana itu turut mengakibatkan 15 asrama pekerja dan tiga buah rumah kediaman di Syarikat Perlombongan Wuzhou tertimbus sama sekali.

Presiden China, Xi Jinping, mengeluarkan arahan supaya pihak-pihak terlibat melakukan apa jua usaha yang perlu untuk mencari dan menyelamatkan mangsa, meminimumkan kecederaan dan kematian, menenangkan emosi keluarga mangsa dan membina rumah kediaman sementara untuk mangsa terlibat. Beliau turut menggesa agar tindakan yang berkesan diambil untuk mencegah bencana susulan.

Perdana Menteri, Li Keqiang, turut mengeluarkan arahan supaya kawasan-kawasan lain meningkatkan langkah pencegahan bencana demi menjamin keselamatan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China