Cari:
MH17: Belanda Siasat Serpihan Disyaki daripada Peluru Berpandu
2015-08-12 15:21:00 CRI Cetak

Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) dan kumpulan penyiasat antarabangsa sedang menyiasat serpihan yang disyaki daripada sistem peluru berpandu yang ditemukan di lokasi nahas pesawat MH17.

Menurut kenyataan OVV, serpihan tersebut mungkin akan memberi lebih banyak maklumat mengenai pihak yang bertangggungjawab terhadap nahas berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penyiasat menegaskan bahawa pada masa ini, tiada keputusan dibuat sama ada serpihan itu mempunyai kaitan dengan insiden pesawat MH17 terhempas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China