Aktiviti yang amat bermakna itu disertai wakil dari lebih 30 buah negara. Mereka menyifatkan peperangan yang dicetuskan oleh Fasis Jerman dan Jepun 70 tahun lalu sebagai satu bentuk kezaliman kepada rakyat China, bahkan dunia.
Penganjuran aktiviti itu bertujuan untuk membolehkan masyarakat dunia mengingati sejarah tersebut, menghargai dan memelihara keamanan pada hari ini, dan juga sebagai amaran kepada mereka yang menyokong militarisme agar melihat sejarah dengan tepat dan jangan sesekali mengulangi kesalahan.
Duta Besar China ke Jerman, Shi Mingde berkata, dalam tempoh 70 tahun lalu selepas tamatnya Perang Dunia II, Jerman telah menunjukkan keikhlasan mereka untuk meneliti dan mengambil iktibar daripada sejarah perang.
Jerman yang berjuang untuk mempertahankan kedamaian dan menentang peperangan, akhirnya memperoleh semula kepercayaan dan disanjungi oleh negara-negara jirannya di Eropah.
China berharap Jepun juga belajar daripada sejarah, muhasabah diri dan mengambil tindakan praktikal untuk memelihara orde antarabangsa demi keamanan serantau.