Cari:
Lebih 12.9 Juta Penduduk Yemen Tidak Cukup Makanan
2015-08-12 13:16:36 CRI Cetak

Lebih 12.9 juta penduduk Yemen kini tidak memperoleh makanan yang mencukupi berikutan konflik berdarah yang semakin teruk di negara itu.

Maklumat tersebut disampaikan oleh pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi hak untuk mendapatkan makanan, Hilal Elver, semalam.

Menurut beliau, 850 ribu kanak-kanak di Yemen kini menghadapi malnutrisi yang teruk. Angka ini dijangka meningkat kepada 1.2 juta sekiranya konflik di negara itu terus berlarutan.

Tambah beliau, perbuatan yang sengaja menyebabkan penduduk awam mati kelaparan dalam suatu konflik bersenjata dianggap sebagai jenayah perang.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China