Cari:
Krisis Syria Perlu Diselesaikan Melalui Saluran Politik
2015-08-13 15:21:26 CRI Cetak

Krisis Syria perlu diselesaikan melalui saluran politik. Demikian ditegaskan semula oleh Perdana Menteri Jordan, Abdullah Ensour, dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Jordan-Lubnan bersama-sama dengan Perdana Menteri Lubnan, Tammam Salam, di Amman semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain, namun amat prihatin terhadap keselamatan dan kestabilan Syria.

Sejak krisis Syria tercetus, Jordan sudah menerima 1.4 juta orang pelarian Syria, dan pada masa yang sama, ribuan pelajar Jordan yang menuntut di Syria terpaksa kembali ke tanah air.

Salam berkata, Lubnan sedang mencari kaedah penyelesaian terbaik untuk mengakhiri krisis Syria. Beliau berharap agar masyarakat antarabangsa dapat membantu Syria menyelesaikan krisis tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China