Cari:
44 Maut Letupan Kuat di Tianjin
2015-08-13 11:54:49 CRI Cetak

Letupan kuat berlaku di gudang syarikat logistik Ruihai, zon industri Binhai, bandar Tianjin pada pukul 11.30 malam tadi. Setakat pukul 1.00 petang ini, letupan itu telah menyebabkan 44 maut, manakala lebih 520 lagi mengalami kecederaan.

Sejurus selepas insiden tersebut berlaku, Presiden China, Xi Jinping segera mengeluarkan arahan supaya pihak berkuasa bandar Tianjin melakukan segala usaha yang perlu untuk menyelamatkan mangsa, mencari mangsa yang dilaporkan hilang dan menyiasat punca insiden berkenaan.

Perdana Menteri, Li Keqiang, turut mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan memperhebat operasi mencari dan menyelamat, serta menyiarkan maklumat yang terkini kepada masyarakat tepat pada masanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China