Cari:
Hatoyama Melutut Memohon Maaf di Korea Selatan
2015-08-13 12:43:34 CRI Cetak

Mantan Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama, yang sedang mengadakan kunjungan ke Seoul, Korea Selatan telah melutut di hadapan tugu pahlawan Muzium Pintu Barat bagi memohon maaf atas kezaliman yang dilakukan tentera Jepun semasa pemerintahan kolonial di Semenanjung Korea.

Hatoyama berkata, Jepun harus mengakui sejarah pencerobohannya terhadap negara lain.

Perdana Menteri, Shinzo Abe, diharap bersungguh-sungguh menunjukkan keikhlasan untuk mengambil iktibar daripada sejarah dalam perutusannya yang disampaikan sempena ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II (WWII) pada 14 Ogos nanti.

Hatoyama mengadakan lawatan ke Korea Selatan bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa 2015 mengenai Kedamaian Asia Timur.

Dalam temu bual dengan wartawan Korea Selatan pada 11 Ogos lalu, Hatoyama berkata, Abe perlu mencatatkan perkataan "memohon maaf", "mengambil iktibar", "pencerobohan" dan "penjajahan" dalam perutusan beliau nanti.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China