Cari:
China Mampu Kekalkan Kestabilan Nilai RMB
2015-08-13 16:54:30 CRI Cetak

Bank pusat China berkemampuan untuk mengekalkan nilai RMB pada paras yang munasabah. Demikian dinyatakan oleh Penolong Gabenor Bank Rakyat China (PBOC), Zhang Xiaohui dalam sidang media di Beijing hari ini.

Sejak PBOC mengumumkan langkah membaiki sistem penentuan kadar pariti pertengahan RMB pada 11 Ogos lalu, kadar pariti pertengahan RMB berbanding USD mencatat penurunan tiga hari berturut-turut.

Menyentuh tentang kebimbangan terhadap penurunan berterusan nilai RMB pada masa akan datang, Zhang berkata tiada asas berlakunya hal ini jika melihat pada situasi ekonomi dan kewangan di dalam dan luar negara.

Tambah beliau, faktor penawaran dan permintaan di pasaran akan memainkan peranan lebih besar dalam menentukan kadar pertukaran mata wang RMB pada masa akan datang.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China