Cari:
China Terbitkan Pengakuan Bertulis Penjenayah Perang Jepun
2015-08-13 12:59:12 CRI Cetak

Sempena memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia, Jabatan Pentadbiran Arkib Negara China (SAAC) menyiarkan siri dokumen pengakuan bertulis penjenayah perang Jepun yang terlibat dalam perang pencerobohan di China. Dokumen-dokumen tersebut disiarkan di laman web SAAC, dengan satu catatan setiap hari untuk tempoh 31 hari bermula 11 Ogos lalu. Langkah ini bertujuan mendedahkan jenayah pencerobohan Jepun sebagai amaran kepada dunia untuk menentang perang dan menghargai kedamaian.

Dokumen yang diumumkan pada 11 Ogos itu adalah pengakuan bertulis seorang penjenayah bernama Kenzo Sugishita. Dia dilahirkan pada tahun 1901 dan menyertai perang pencerobohan terhadap China pada Februari 1932. Menurut pengakuannya yang dicatat pada 29 November 1954, jenayahnya termasuk menembak mati rakyat China yang tidak berdosa, merogol wanita dan melancarkan perang kuman. Penjenayah perang itu mengakui pada 5 Februari 1932 bahawa dia merancang membunuh 100 orang ekoran kebencian terhadap orang China, dan mengarahkan anggota tentera peringkat bawahnya juga berbuat demikian. Pada 19 Februari 1932, dia merejam seorang kanak-kanak enam tahun hingga mati lalu melemparkan mayatnya ke dalam api. Pada 25 Februari 1932, dia mencemarkan 21 buah perigi di pekan Jiangwan, Shanghai dengan kuman.

Menurut maklumat berkenaan, dokumen-dokumen tersebut dipilih daripada buku kumpulan pertama yang bertajuk "Pengakuan Bertulis Penjenayah Perang Jepun Simpanan Arkib Negara China" yang bakal diterbitkan Syarikat Buku Zhonghua. Kesemua pengakuan bertulis daripada 31 penjenayah Jepun terbabit tidak pernah diterbitkan sebelum ini.

Ahli Penyelidik dari Institut Kajian Jepun, Akademi Sains Sosial China, Jiang Lifeng berkata bahawa kumpulan sayap kanan Jepun menafikan pencerobohan Jepun terhadap negara lain. Mereka berpendapat "pembunuhan beramai-ramai di Nanjing, China merupakan kejadian yang diada-adakan" dan "Jepun tidak melancarkan pencerobohan terhadap China", sebaliknya hanya beberapa kejadian yang tidak memerlukan Jepun memikul tanggungjawab di sisi undang-undang antarabangsa. Pengakuan bertulis berkenaan merupakan bukti kukuh yang menyangkal tanggapan kumpulan sayap kanan Jepun tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China