Cari:
Atlet Sakit Perut Tiada Kaitan dengan Pencemaran Air
2015-08-13 16:09:09 CRI Cetak

Perlumbaan Sukan Kapal Layar Sukan Olimpik Rio diadakan pada 5 hingga 9 Ogos lalu.

Menurut agensi berita antarabangsa, Associated Press (AP) pada 10 Ogos lalu, sebanyak 13 atlet daripada skuad AS mengalami sakit perut selepas menyertai perlumbaan tersebut. Menurut laporan AS, air di tempat pertandingan Olimpik tersebut mungkin telah dicemari dengan virus.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Rio tersebut, ujian telah dilaksanakan mengikut standard antarabangsa dengan menjalankan ujian terhadap air di tempat pertandingan Olimpik tersebut dua kali seminggu, dan dalam tempoh pertandingan pula, ujian ditambah kepada dua hari sekali.

Laporan AS yang mengaitkan kualiti air dengan kes atlet yang mengalami sakit perut adalah tidak berasas sama sekali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China