Cari:
Letupan di Tianjin: Angka Korban Meningkat kepada 50
2015-08-14 14:57:34 CRI Cetak

Setakat pukul 6.00 petang semalam, letupan kuat yang berlaku di gudang syarikat logistik Ruihai, bandar Tianjin pada 12 Ogos lalu telah menyebabkan 50 orang maut dan 701 orang cedera, termasuk 71 orang yang berada dalam keadaan kritikal.

Operasi memadamkan api dan menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan. Ketua Jabatan Bomba, Biro Keselamatan Awam Tianjin, Zhou Tian dalam sidang media petang semalam berkata, terdapat 46 pasukan bomba, 151 buah kereta bomba, sebuah pesawat tanpa juruterbang (UAV) dan lebih seribu orang ahli bomba dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa. Lebih 60 orang penduduk yang terperangkap telah berjaya diselamatkan.

Sementara itu, sejumlah 217 orang anggota tentera dari pasukan penyelamat kecemasan nuklear, kimia dan biologi negara telah tiba di lokasi kejadian untuk menyertai operasi tersebut.

Sehingga kini, operasi memadamkan api masih belum selesai. Punca letupan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China