Cari:
Kualiti Udara di Tianjin Normal 
2015-08-14 15:18:50 CRI Cetak

Kualiti udara di kawasan sekitar lokasi letupan di daerah Binhai, Tianjin berada pada paras sihat.

Pakar dari Jabatan Perlindungan Persekitaran Tianjin dalam sidang media hari ini berkata, kualiti udara adalah normal pada ketika ini dan bahan-bahan yang dilepaskan dalam letupan kuat itu tidak akan menjejaskan kesihatan penduduk tempatan.

Pasukan penyelamat kecemasan nuklear, kimia dan biologi negara sedang mengenal pasti sama ada terdapat gas beracun di lokasi kejadian.

Setakat pukul 6.00 petang semalam, letupan kuat yang berlaku di gudang syarikat logistik Ruihai, bandar Tianjin pada 12 Ogos lalu telah menyebabkan 50 orang maut dan 701 orang cedera, termasuk 71 orang yang berada dalam keadaan kritikal.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China