Cari:
China Komited Jaga Keselamatan Siber
2015-08-14 11:50:09 CRI Cetak

China komited untuk menjaga keselamatan siber dan dengan tegas menentang serangan siber dalam apa-apa bentuk juga.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, dalam sidang media di Beijing semalam.

Ketika menyentuh tentang isu keselamatan siber yang dibangkitkan media AS, Hua berkata, China sering mengalami serangan siber yang dilancarkan oleh pihak luar sejak sekian lama.

Isu keselamatan siber kini menjadi satu isu global yang rumit kerana serangan siber bersifat anonimus dan rentas sempadan.

China menyarankan pihak-pihak terlibat agar meningkatkan dialog dan kerjasama bagi menangani isu tersebut.

Tindakan membuat spekulasi yang tidak berasas dan membesar-besarkan isu berkenaan tidak membantu menyelesaikan masalah, dan juga tidak sesuai dengan kepentingan semua pihak.     

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China