Pelarasan nilai mata wang RMB mungkin tindakan yang bijak sekiranya ekonomi China lebih lemah daripada yang dijangkakan.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Bank Rizab Persekutuan New York (FRBNY) AS, William Dudley, baru-baru ini.
Kenyataan tersebut merupakan kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai kanan Rizab Persekutuan AS (FED) berhubung dengan pelarasan nilai RMB.
Menurut beliau, situasi yang berlaku di China pada ketika ini akan memberi impak kepada seluruh dunia.
China mempunyai pengaruh yang besar terhadap permintaan negara lain, termasuk harga komoditi pukal dunia. Namun, masih awal lagi untuk membuat rumusan tentang impak pelarasan nilai RMB.