Pusat Renang China yang juga sering disebut sebagai Kiub Air pernah menjadi tempat pertandingan acara renang bagi Sukan Olimpik 2008 dan Sukan Olimpik Orang Kurang Upaya di Beijing.
Kini, Kiub Air bukan sahaja menjadi pusat riadah bagi menjalankan pelbagai aktiviti sukan, malah menjadi pusat hiburan dan destinasi pelancongan yang menarik di Beijing.
Selepas Beijing berjaya dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Olimpik musim sejuk 2022, Kiub Air akan diubahsuai untuk menjadi tempat pertandingan acara Curling dan acara Kerusi Roda Curling dalam temasya sukan tersebut.