Cari:
Letupan di Tianjin: Angka Korban Meningkat kepada 85 
2015-08-15 16:52:51 CRI Cetak

Angka korban akibat letupan kuat di bandar Tianjin, utara China meningkat kepada 85 orang setakat ini, termasuk 21 orang ahli bomba yang terkorban semasa menjalankan operasi memadamkan api.

Jumlah kecederaan meningkat kepada 721 orang dan 33 daripadanya berada dalam keadaan kritikal, selain 40 orang yang telah dibenarkan keluar hospital.

Demikian dinyatakan oleh Naib Pengarah Jabatan Penerangan Tianjian, Gong Jiansheng dalam sidang media pagi tadi.

Pasukan antiperang kimia khas dilaporkan telah tiba di lokasi letupan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Dalam pada itu, ketua jurutera Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Tianjin, Bao Jingling memaklumkan bahawa pemantauan terhadap persekitaran menunjukkan tiada gas beracun ditemukan. Kualiti udara di kawasan sekitar lokasi letupan berada pada paras sihat.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China