Cari:
Abe Elak "Mohon Maaf", "Ambil Iktibar" secara Langsung
2015-08-15 17:08:03 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam perutusan sempena ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II (WWII) pada 14 Ogos lalu, hanya menyebut "mengambil iktibar daripada sejarah" dam "memohon maaf" dengan merumus sikap kabinet Jepun sebelum ini terhadap isu sejarah.

Beliau berkata bahawa berhubung dengan perang tersebut, Jepun telah berkali-kali menyatakan rasa sesal dan memohon maaf. Pendirian kabinet sebelum ini akan dikekalkan pada masa akan datang.

Tambah beliau, Jepun tidak perlu terus membuat permohonan maaf pada masa akan datang. Kini, penduduk yang dilahirkan selepas WWII mewakili 80% jumlah populasi negara itu. Warga Jepun tersebut serta keturunan mereka yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perang berkenaan tidak seharusnya terus memohon maaf.

Abe dalam perutusannya juga tidak menyebut tentang pencerobohan dan pemerintahan kolonial yang dilakukan Jepun secara langsung. Beliau hanya berkata bahawa "ugutan dan tindakan kekerasan tidak boleh lagi digunakan sebagai kaedah untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa", dan "pemerintahan kononial perlu ditamatkan di dunia sehingga ke akar umbinya".

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China