Cari:
Ucapan Abe Jadi Tumpuan Media Antarabangsa
2015-08-15 15:37:09 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam perutusan bersempena ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II semalam, menyebut perkataan "mengambil iktibar daripada sejarah" dan "memohon maaf" secara tidak langsung dengan merumus sikap kabinet Jepun sebelum ini terhadap isu sejarah.

Abe dalam perutusannya berkata, "berkenaan perang itu, kabinet Jepun sebelum ini telah berkali-kali menyatakan rasa sesal dan memohon maaf dengan ikhlas. Pendirian ini tidak akan berubah."

Sehubungan dengan itu, akhbar "The New York Times" AS dalam laporannya menyatakan bahawa Abe hanya menyebut Jepun telah mendatangkan kesengsaraan yang tidak terhitung kepada rakyat yang tidak berdosa, dan kerajaannya akan mengekalkan pendirian yang ditegaskan kabinet-kabinet lalu dalam isu sejarah. Namun, Abe sendiri tidak membuat permohonan maaf secara rasmi.

Agensi Berita Yonhap, Korea Selatan dalam laporannya pula berkata, walaupun perkataan "memohon maaf" disebut oleh Abe dalam perutusannya, namun hanya disampaikan secara "kala lampau" dan kurang ikhlas. Perselisihan antara Korea Selatan dengan Jepun berhubung isu sejarah dijangka akan terus meruncing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China