Cari:
Jepun Digesa Mohon Maaf dengan Ikhlas
2015-08-15 15:37:58 CRI Cetak

Jepun perlu memberikan penerangan yang jelas berhubung sifat dan tanggungjawab mereka terhadap perang pencerobohan yang dilancarkan oleh tentera Jepun, di samping memohon maaf dengan ikhlas kepada rakyat negara-negara terlibat yang menjadi mangsa perang.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas tentang perutusan yang disampaikan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bersempena ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II pada 14 Ogos lalu.

Kata beliau, perang pencerobohan yang dilancarkan oleh tentera Jepun mendatangkan kesengsaraan yang amat besar kepada rakyat China dan negara-negara lain di Asia. Sikap yang tepat terhadap sejarah perang itu merupakan asas penting bagi Jepun memperbaiki hubungan dengan negara-negara jirannya di Asia.

Tambah jurucakap itu, isu sejarah berkaitan dengan asas politik hubungan China-Jepun. China menggesa Jepun meneliti sejarah pencerobohannya dengan jujur, mengekalkan laluan pembangunan secara damai, dan mengambil tindakan praktikal untuk mendapatkan semula kepercayaan negara-negara jiran di Asia dan masyarakat antarabangsa.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China