Cari:
China Peringati Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia
2015-08-16 16:50:16 CRI Cetak

Pelbagai aktiviti diadakan di seluruh China untuk memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasisi Dunia.

Tokoh-tokoh dari dalam dan luar negara mengadakan perhimpunan aman di Muzium Peringatan Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai oleh Tentera Penceroboh Jepun, di bandar Nanjing untuk memperingati 300 ribu orang mangsa yang terkorban dalam pembunuhan tersebut.

Pada hari yang sama, muzium yang mempamerkan bukti jenayah Pasukan 731 tentera penceroboh Jepun dibuka secara rasmi di bandar Ha'erbin. Pameran berkenaan menunjukkan kezaliman tentera Jepun yang menjalankan ujian di badan manusia yang hidup dan melancarkan perang kuman di China.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China