Cari:
Maharaja Jepun Bertitah "Ambil Iktibar"
2015-08-16 16:53:37 CRI Cetak

Maharaja Jepun, Akihito dalam perutusan sempena ulang tahun ke-70 Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia II (WWII) pada 15 Ogos lalu, melahirkan harapan supaya kemusnahan dan kesengsaraan akibat perang tidak berulang, berdasarkan keikhlasan untuk muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada sejarah.

Kenyataan itu buat pertama kali muncul dalam titah baginda yang disampaikan sempena ulang tahun Jepun menyerah kalah dalam WWII sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, media-media utama Jepun melahirkan kesangsian terhadap keikhlasan yang ditunjukkan Perdana Menteri, Shinzo Abe dalam perutusannya pada 14 Ogos lalu.

Akhbar Asahi Shimbun dalam rencananya berkata, Abe dalam perutusannya tidak memberikan penerangan yang jelas tentang pihak yang bertanggungjawab atas pencerobohan dan pemerintahan kolonial terhadap negara lain, di samping hanya menyebut perkataan "mengambil iktibar" dan "memohon maaf" secara tidak langsung. Perutusan Abe jauh ketinggalan berbanding dengan ucapan yang dibuat mantan Perdana Menteri, Tomiichi Murayama, serta sikap ramai perdana menteri dahulu terhadap isu sejarah.

Pada 15 Ogos lalu, Abe menyumbang derma atas nama Ketua Parti Liberal Demokratik (LDP) kepada Yasukuni Jinja, iaitu tempat persemadian penjenayah perang WWII. Abe turut membuat kenyataan menerusi wakilnya bahawa beliau tetap mengekalkan rasa terima kasih kepada roh pahlawan serta keprihatinan terhadap Yasukuni Jinja.

Pada hari yang sama, sesetengah tokoh politik Jepun juga telah menziarahi Yasukuni Jinja.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China