Cari:
Abe Dikecam Tidak Ikhlas
2015-08-16 16:54:30 CRI Cetak

Tarikh 15 Ogos merupakan hari ulang tahun ke-70 Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia II (WWII). Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam perutusannya pada 14 Ogos lalu, tidak membuat permohonan maaf secara langsung, sebaliknya mendakwa bahawa warga Jepun yang dilahirkan selepas WWII tidak perlu lagi memohon maaf dalam hal ini. Sehubungan dengan itu, masyarakat antarabangsa berpendapat bahawa hanya dengan muhasabah diri dengan ikhlas dan mengambil iktibar daripada sejarah, barulah Jepun dapat memperoleh semula kepercayaan negara-negara jirannya dan komuniti antarabangsa.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam ucapan yang disampaikan menerusi jurucakapnya pada 14 Ogos lalu melahirkan harapan supaya negara-negara terbabit dapat mencapai permuafakatan berdasarkan keikhlasan untuk mengambil iktibar serta sikap tepat terhadap isu sejarah, di samping bekerjasama demi kedamaian dan kemakmuran serantau.

Golongan ahli politik Korea Selatan menyatakan rasa kecewa terhadap perutusan Abe, yang tidak menunjukkan keikhlasan untuk mengambil iktibar dan mengelak membuat permohonan maaf secara langsung.

Akhbar Le Monde Perancis dalam artikelnya pula berkata, Abe dalam perutusannya tidak membuat permohonan maaf secara peribadi. Ramai warga Jepun menentang perbuatan Abe yang menafikan sejarah, yang dianggap mengamalkan fahaman cauvinis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China