Cari:
Dewan Memorial Perang Anti-Jepun di China Dibuka di San Francisco
2015-08-17 11:57:48 CRI Cetak

Dewan Memorial Perang Pasifik Perang Dunia II, iaitu dewan untuk memperingati mereka yang berjuang dalam Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun secara rasminya dibuka kepada orang awam di China Town San Francisco AS kelmarin waktu tempatan. Ini merupakan dewan memorial perang anti-Jepun di China yang pertama ditubuhkan melalui sumbangan orang Cina di seberang laut, bagi tujuan menggalakkan generasi muda mengambil iktibar daripada sejarah, menghormati sejarah dan menghargai kedamaian.

Pada 15 Ogos waktu tempatan, Puan Florence Fang, tokoh aktiviti sosial Cina yang terkenal di San Francisco

AS mengumumkan bahawa selepas persiapan gigih selama hampir 400 hari, Dewan Memorial Perang Pasifik Perang Dunia II akhirnya dapat dibuka kepada orang awam pada hari sambutan memperingati ulang tahun ke-70 Jepun mengumumkan kekalahan tanpa syarat dalam peperangan tersebut.

Dewan dua tingkat dengan keluasan lebih seribu meter persegi yang terletak di Jalan China Town San Francisco itu adalah sumbangan Puan Florence Fang. Beliau berharap agar pelancong asing dapat mengetahui sejarah sebenar melalui pameran tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China