Kejohanan Badminton Dunia 2015 berakhir di Jakarta, Indonesia malam tadi.
Pasukan China berjaya membawa pulang tiga pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki, beregu wanita dan beregu campuran serta menjadi pasukan yang meraih pingat emas paling banyak dalam kejohanan kali ini.
Manakala, pasukan Indonesia, selaku tuan rumah temasya sukan kali ini, berjaya menduduki tempat kedua, dengan meraih satu pingat emas dan tiga pingat gangsa.
Pemain China, Chen Long, berjaya menyandang gelaran juara selepas menewaskan pemain terkemuka Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.