Cari:
Tiada Penemuan Baharu dalam Misi Pencarian MH370 di Pulau Reunion
2015-08-18 11:39:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pihak berkuasa Pulau Reunion semalam melaporkan bahawa fasa pertama operasi mencari serpihan pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) yang dimulakan pada 7 Ogos lalu telah berakhir dan tiada penemuan baharu bagi membantu siasatan.

Dalam tempoh operasi pencarian yang telah berlarutan selama 10 hari, pihak Perancis telah menjalankan misi pencarian di ruang udara dan kawasan perairan selama 48 jam, manakala misi pencarian di kawasan darat pula selama 141 jam. Pencarian di ruang udara dan kawasan perairan tidak menemukan sebarang serpihan yang disyaki mempunyai kaitan dengan pesawat MH370. Semua objek yang ditemukan di kawasan darat telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Misi pencarian dijalankan di kawasan perairan seluas kira-kira 10 ribu kilometer persegi. Pihak berkuasa Pulau Reunion akan terus memberikan perhatian terhadap misi pencarian MH370, walaupun misi pencarian fasa pertama telah berakhir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China